13 June 2006

Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta
Ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa
Ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah
Menghadapi segala ujian diberi

Maka bersyukurlah selalu

Senilagu : Manis Helma (Hijjaz Records Sdn Bhd)
Senikata : Lukhman S (BMG Music Publishing)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd
Penerbit : Isman Nadim Isam
Susunan Muzik : Along (Exist)
Drum : Ujang (Exist)

*Dipetik dari nyanyian MESTICA - Album Layar Keinsafan